Hari Terbuka Komuniti Ppr Taman Dahlia

16 Disember 2018 | Aktiviti Terkini

Pada 15 Disember 2018 (Sabtu), Pusat Internet PPR Taman Dahlia dengan jayanya telah mengadakan Hari Terbuka Komuniti Ppr Taman Dahlia . Pelbagai aktiviti menarik berlangsung sempena hari terbuka tersebut dengan menawarkan pelbagai hadiah-hadiah untuk para peserta yang menyertai pertandingan yang dianjurkan.
Seramai 50 orang mengunjungi PI pada hari tersebut. Program berlangsung dengan meriah kerana rata-rata yang hadir menyertai pertandingan yang dianjurkan. Antara aktiviti dan pertandingan yang dijalankan adalah seperti;

1) Taklimat Klik Dengan Bijak & Advokasi
2) Taklimat Ringkas Mengenai Ekelas
3) "Be Internet Awesome"
4) Pertandingan Tik Tok! (Medsoc)
5) Creative Christmas Card
6) Magic Hands
7) 'Find Me!' ~ Word Search
8) Cabutan Bertuah

Tidak ketinggalan juga penduduk/para peniaga Ppr Tmn Dahlia membuka tapak jualan makanan dan minuman pada hari tersebut bagi memeriahkan lagi suasana.
Hari Terbuka Komuniti ini berlangsung pada jam 9.00 pagi hingga 4.00 petang. Acara kemuncak pastinya majlis penyampaian hadiah-hadiah kepada para pemenang dan cabutan tiket bertuah.

Terima kasih kepada para peserta dan pengunjung, adik-adik dan rakan-rakan sekerja PPR Malihah & PPR Batugong yang turut serta membantu kelangsungan majlis dan yang hadir memeriahkan suasana hari terbuka tersebut.
#awesomeday!

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

 

 

 

Kembali Ke Atas

kembali